Followers

Thursday 13 October 2011

Where in the world is Osama Bin Laden

Where in the World is Osama Bin Laden merupakan salah satu dokumentari menarik yang dihasilkan oleh Morgan Spurlock; orang yang sama yang membawakan rancangan 30 Days seperti yang telah ak utarakan dalam blog ini (link)= Dokumentari yang dihasilkan pada tahun 2008 ini menyaksikan Morgan menjelajah ke beberapa negara Islam termasuk Israel dalam misi mencari lokasi Osama meskipun 3 tahun selepas dokumentari ini di buat, dunia sedia maklum bahawa Osama telah mati di tembak oleh tentera US dalam Operasi Neptune Spear pada 2 May yang lepas.. 


Menariknya dokumentari ini ialah pemikiran Morgan itu sendiri yang percaya bahawa masyarakat dunia terlalu terpengaruh dengan apa yang mereka lihat di kaca TV, bagaimana gambaran masyarakat dunia tentang Islam, tentang Israel, tentang Palestine, tentang Mesir, tentang Morocco, tentang Jordan, tentang Afghanistan, tentang Arab Saudi, dan yang terakhir sekali tentang Pakistan! Menerusi dokumentari ini juga penonton dapat melihat dengan mata sebenar bagaimana situasi dan juga pandangan rakyat di negara terbabit tentang War On Terror di samping menjejak lokasi Osama (笑) 


Memang tidak mustahil beberapa orang yang ditemu-ramah dalam dokumentari ini akan menceritakan tentang keburukan US dalam menangani War On Terror namun yang paling mengejutkan ialah apabila orang Israel sendiri cuba menghalau Morgan daripada mengadakan sesi interview! Morgan mengutarakan isu penting dalam isu Israel vs Palestine dan dengan lantang penduduk Palestine rata-rata tidak setuju dengan kenyataan Osama kononnya "jihad" dia adalah demi Palestine.. Arab Saudi pula digambarkan sebuah negara yang menghalang kebebasan bersuara dan rakyat seperti terikat untuk mengutarakan apa yang sedang mereka fikir tentang negara mereka, dan juga situasi di dunia buat masa ini~ 


Menerusi temu-ramah dengan sebilangan penduduk di beberapa negara Islam, ada suara yang menyokong "jihad" Osama tapi majoriti menentang dengan keras kerana Islam sekeras-kerasnya menentang keganasan! Bagaimana kita boleh mengaku bunuh seseorang dengan nama Tuhan sedangkan Tuhan sendiri murka terhadap pembunuhan! Morgan tiba di destinasi terakhirnya iaitu Pakistan, negara yang memang disyaki sejak dahulu sebagai tempat persembunyian Osama; tapi yang lucunya ialah orang Pakistan mendakwa Osama berada di Afghanistan (笑) Tapi adakah betul dunia akan selamat apabila Osama tiada di muka bumi ini? Ideologi yang dibawa Osama yang perlu diperangi, kerana Osama seorang tidak boleh buat apa-apa.. 

p/s Dokumentari ini boleh ditonton secara percuma menerusi YouTube (link)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC