Followers

Friday 18 November 2011

Men's TBC

17 November - KUSATSU

Kali pertama ak mengalami masalah jerawat yang serius ialah ketika berada di tahun pertama JAD; waktu itu memang banyak gila naik mungkin atas faktor stress di tambah lagi dengan proses mencari pencuci muka yang sesuai dengan kulit.. Satu-persatu ak cuba apa yang ditemui di pasaraya; memang makan masa yang lama terutama bila apa yang kita pakai itu bukan menghilangkan jerawat, tapi menambahkan lagi bilangan dia (-_-") Akhirnya ak diketemukan dengan OXY10 yang setakat ini paling sesuai dalam membasmi bakteria jerawat di kulit muka ak.. Sedikit demi sedikit jerawat hilang, dan kesan jerawat juga makin pudar.. 


Sebelum berlepas ke Jpon, ak siap beli 4,5 pack OXY10 sebagai bekalan kerana apa yang ak khuatiri menjadi kenyataan apabila OXY10 tiada dalam pasaran Jpon~ Tapi bila berada di Jpon, ak semakin malas untuk mencuci muka mungkin kerana jerawat sudah kurang dan cuaca yang sejuk benar-benar mampu memalaskan individu yang sememangnya pemalas seperti ak (笑) Bila jerawat semakin naik semula, mulalah ak mencari-cari OXY, namun segala-galanya sudah terlambat apabila ak sedari bahawa OXY ada tarikh luput! Mengikut kata-kata seorang kawan yang bekerja di farmasi, tindak balas ubat tersebut akan berkurangan bila melepasi tarikh luput jadi jika pakai pun serupa macam tidak pakai? (need citation)

Harta karun!

Waktu itu ak masih berada di Jpon, dan ak tidak mahu menyusahkan keluarga untuk post OXY ke Jpon; jadi ak mencari alternatif mudah yang akhirnya memudharatkan diri sendiri.. Ak beli OXY scrub di farmasi dengan harapan dapat menghilangkan kesan jerawat.. Waktu pertama kali pakai, memang kulit muka rasa segar, tapi keesokan harinya jerawat baru muncul.. Awalnya ak sangka itu cara dia nak hilangkan kesan jerawat (memang sengal) tapi makin kerap ak pakai, makin banyak pula jerawat muncul.. Bila pulang sahaja di Malaysia waktu raya yang lepas, ak terus angkat OXY10 dan sedikit-sebanyak membantu mengurangkan jerawat daripada merebak.. 


Malangnya sifat tidak suka membazir dalam diri ak terlalu kebal membuatkan ak masih lagi menggunakan OXY Scrub tersebut menyebabkan muka ak terus rosak! Sewaktu di Malaysia, ak ternampak iklan tentang Garnier Scrub yang kebetulan harga lagi murah daripada OXY, jadi ak dengan yakin membeli satu tanpa membawa bekal OXY ke Jpon dengan harapan Garnier ada di jual di Jpon tapi malangnya Garnier pun tiada di pasaran Jpon, malah produk itu juga tidak kena dengan kulit muka ak menjadikan muka semakin rosak! Kecewa dengan kesengalan diri membuatkan ak tiada pilihan selain memohon jasa baik keluarga untuk menghantar OXY ke Jpon (笑)


Dalam masa yang sama, ak turut layari internet untuk mencari alternatif lain dalam menghilangkan kotoran jerawat dan muka.. Tiba-tiba ak diketemukan dengan laman web TBC yang ada menyediakan servis terapi muka pada harga 2000円 (Harga asal 8000円!!) Oleh kerana ak tidak pernah menjalani terapi muka sebelum ini, ak rasa ini merupakan peluang terbaik untuk mengetahui lebih lanjut tentang kulit muka sekaligus menyerlahkan kejelitaan kulit muka kepada yang asal (笑) Gelojoh sangat sewaktu tempah masa sehingga ak boleh tersilap terdaftar untuk belah perempuan (-_-") Malah, waktu tiba di kedai dia juga ak boleh tersilap masuk kedai khas untuk perempuan punya (malu giler!)


Awalnya adalah sesi kaunseling dengan pekerja lelaki di situ; dia bertanyakan tentang kulit wajah dan bagaimana ak menjaga.. Siap guna mesin untuk zoom kulit muka dan menunjukkan bukti bahawa kulit ak kering; memang senang kering terutama musim sejuk seperti sekarang.. Bila cerita pasal "Scrub", dengan laju dia bagitau jangan pakai sebab kononnya Scrub ini akan menghakis kekebalan kulit membuatkan kulit lagi terdedah kepada kotoran~ 

Dia mengesyorkan ak guna 化粧水 (Lotion) selepas ini.. Kemudian, barulah maju ke sesi rawatan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam! Nak cerita proses rawatan pun ak tidak tahu sebab mata ak acap kali ditutup ;) Senang faham, sila lihat gambar di atas~ Memang kulit rasa licin terutama di bahagian hidung sebab dia dah pam? kotoran? di sekitar kawasan itu.. Lelaki itu ada tanya samada ak berminat dengan full course pada harga 3万円 tapi ak senyap sahaja (笑) Habis rawatan terpaksa pecut ke lab sebab SV dah call 4 kali bertanyakan pasal journal (-_-")

Terus beli kt Amazon! 

p/s Men's TBC sedang buat promosi sehingga hujung tahun ini.. Maklumat lanjut boleh didapati melalui sini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC