Followers

Friday 23 December 2011

花灯路 (Arashiyama Light Up)

11 December - KYOTO


Bulan 12 merupakan bulan yang agak meriah di Jpon kerana waktu inilah mereka akan sibuk dengan persiapan krismas dan tahun baru.. Suhu yang semakin rendah dan waktu siang semakin pendek membuatkan seseorang itu lebih gemar terperap di dalam rumah bertemankan alat pemanas.. Namun, bagi menambah seri di luar rumah, masyarakat Jpon mempunyai gaya yang tersendiri iaitu memasang lampu-lampu menarik di persekitaran jalan raya dan juga di luar rumah.. 


Budaya memasang lampu perhiasan ini diberi nama "illumination" dan budaya ini dihangatkan lagi dengan perayaan Xmas dan tahun baru.. Di 関西 (Kansai), ada 3 tempat tumpuan illumination iaitu di Kobe, Osaka, dan Kyoto.. 2 tahun lepas ak telah melihat di Kobe (link), tahun lepas pula di Osaka (link), dan tahun ini ak berkesempatan untuk menyaksikan illumination di Kyoto menerusi ajakan keluarga angkat setelah selesai majlis KCIF.. Agak sengal tidak bawa kamera sekali, jadi hanya sempat ambil gambar melalui kamera iPhone (-_-") 

Kenangan di hadapan 渡月橋 (Togetsukyou), salah satu jambatan paling bersejarah di Jpon


p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC