Followers

Friday 2 December 2011

AYAHA Driving School

29 November - KUSATSU


Atas saranan ramai pihak termasuk 試験官 (Examiner) pusat memandu sendiri, ak nekad untuk mencari 自動車教習所 (Driving School) yang boleh mengajar ak tentang peraturan jalan raya dan langkah untuk berjaya mendapatkan lesen memandu.. Ada 2 sekolah yang agak terkenal di tempat ak iaitu Tsukinowa dan Ayaha; paling kerap tengok kereta Tsukinowa atas jalan raya jadi inilah pilihan pertama ak.. Terkejut bila hantar email bertanyakan tentang bayaran dan waktu boleh belajar, balasan yang ak terima ialah tiada kekosongan pada bulan November manakala bayaran ialah 5460円 (RM 222) untuk tempoh 1 jam.. Pihak Ayaha ada membuka meja pertanyaan di RITS; kebetulan ada banyak kosong dan harga yang dikenakan juga sama membuatkan ak memilih Ayaha~

1. Pandang cermin hadapan
2. Pandang cermin sisi
3. Beri signal
4. Perhatikan di luar pintu (sudut buta)
5. Rapat ke sisi jalan untuk membelok

Shuttle bus percuma disediakan dan ak memilih untuk bergerak daripada RITS.. Menariknya orang yang menjaga meja pertanyaan hari itu juga merupakan orang yang bertugas mengajar ak memandu pada hari ini.. Ingatkan boleh bawa kereta Toyota Prius atas Mazda Axela, malangnya dia kasi kereta Toyota Crown iaitu model yang sama akan digunakan sewaktu ujian sebenar (-_-") Awal-awal lagi dia dah ajar tentang 安全確認 (Safety check); salah satu yang dipandang berat oleh 試験官.. Sepanjang 50 minit ak memandu, dia hanya suruh ak tekankan seperti dalam gambar di atas sambil membiasakan diri dengan course ketika ujian.. Malangnya track di situ tidak seluas dengan 運転免許センター (Driving Licence Center) jadi mungkin sukar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sebenar (alasan) 

p/s Harga untuk belajar hampir sama dengan kos untuk mengambil ujian ulangan (-_-") 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC