Followers

Saturday 30 April 2011

Osamu Tezuka

Osamu Tezuka merupakan seorang 漫画家 (Cartoonist), animatur, penerbit dan juga seorang doktor perubatan meskipun tidak pernah mempraktiskannya.. Beliau dilahirkan di 大阪 (Osaka) pada 3 Nov 1928 dan meninggalkan dunia ketika berusia 60 tahun (1989) ~ Beliau dikenali ramai sebagai pencipta Astro Boy, Kimba the White Lion dan Black Jack.. Pelbagai gelaran yang beliau terima termasuk "Tuhan kepada komik" dan "Mahaguru anime"= Mula melukis ketika darjah 2 dan sumber inspirasi beliau adalah daripada Disney.. 


Beliau mempunyai 2 impian sejak kanak-kanak iaitu menjadi seorang 漫画家 dan juga seorang 医師 (Medical doctor).. Beliau melancarkan 漫画 (Manga) pertama sewaktu sedang menuntut di dalam fakulti perubatan; pada awalnya beliau turut runsing memikirkan dunia mana yang perlu beliau teruskan, dan akhirnya kini beliau digelar sebagai "Tuhan" dalam dunia komik! Namun beliau turut berjaya mencapai impian ke-2 beliau setelah 6 tahun debut sebagai 漫画家; berjaya memperoleh lesen perubatan pada tahun 1952! 

Berikut merupakan senarai 漫画 beliau yang dikenali ramai:

  • Metropolis (1949)
  • Kimba the White Lion [ジャングル大帝] (1950-1954)
  • Astro Boy (1952-1968)
  • Phoenix (1956-1989)
  • Adolf (1983-1985)
  • Black Jack (1973-1983)
  • Buddha (1972-1983)

p/s Ak kini sedang membaca 漫画 Buddha sebab tertarik dengan filem nya yang bakal keluar tidak lama lagi.. Teringin nak baca Adolf plak lepas nih..

Friday 29 April 2011

名言 (Wise saying)


Orang yang bjiak berkata-kata boleh mempengaruhi orang ramai. Siapa yang mahir dalam bidang sastera biasanya akan bergiat dalam bidang politik kerana kebolehan mereka meyakinkan orang ramai.. Islam juga mengangkat tinggi bidang nih kerana bahasa Arab yang digunakan di dalam Al Quran tu sendiri juga merupakan bahasa paling indah di dunia dan tiada tandingan. Di Jpon, apabila mendengar seseorang berkata-kata sesuatu yang begitu menyentuh @ mendalam, mereka akan menyebut "名言 (Meigen)"~ Salah satu hobi ak ialah mengumpul @ membaca 名言 kerana bila digunakan dalam perbualan seharian, makin macho ak (笑).. Berikut merupakan beberapa 名言 daripada orang kenamaan yang ak ambil daripada rancangan 一分間の深イイ話 [1 minute of deep story] beberapa hari yang lepas (link):

"Beauty is lie" - Lady Gaga
Ramai memikirkan seni tuh cantik, tapi sebenarnya seni juga memerlukan sedikit penipuan.. Begitu juga dengan kecantikan luaran, penipuan yang ditonjolkan oleh diri sendiri..

"It's ok to insult, but never backbiting" - Ariyoshi Hiroiki
Saya tidak akan berkata buruk tentang seseorang apabila orang tuh tiada di depan saya. Bila kita mula mengata orang di belakang, orang lain akan mula beranggapan "Dia nih pon mesti mengata buruk pasal aku kat mana-mana"~ 陰口は自分に返ってくる [Backbiting will come back to you]。

"Success is the worst teacher" - Bill Gates
Walau sebijak mana sekalipun, seseorang tuh akan mudah terpedaya dengan kejayaan berganda dan kesilapan besar terlindung disebalik perbuatan tersebut

"Don't be afraid of failure, but be afraid of doing nothing!" - Soichiro Honda
Bila kita minat dengan sesuatu benda, jangan kisah dengan akibat daripada tindakan yang kita ambil sebaliknya lakukan sesuatu.. 幸福の芽はそこから芽生える [The seed of happiness will sprout from there]

"Please have more than 2 dreams" - Tezuka Osamu
Jika kita hanya mempunyai 1 impian, kita pasti akan kecewa bila impian tersebut musnah.. Tapi sekiranya kita mempunyai lebih daripada 2 impian, perkara tersebut pasti tidak akan berlaku!

p/s Banyak laman web yang mengumpul 名言 nih antaranya [1], [2], [3]

Thursday 28 April 2011

[最終面接] Fuji Furukawa E&C

28 April - KAWASAKI

Keputusan 二次選考 (2nd selection) pada minggu lepas memberikan lampu hijau untuk ak maju ke peringkat terakhir iaitu 最終面接 (Final interview) bertempat di Solid Square, Kawasaki pada hari nih jam 1115~ Oleh kerana 面接 (Interview) dijalankan pada waktu pagi dan duit tambang disediakan, ak beli siap-siap tiket 新幹線 (Bullet train) pergi dan balik dan bermalam di rumah member di 町田 (Machida) memandangkan situ paling dekat dengan 川崎 (Kawasaki)~ Hanya 5 orang calon yang menjalani 面接 pada hari ini dan hanya ak seorang jer rakyat Malaysia.. Keputusan 最終面接 hanya bakal diberitahu selepas cuti Golden Week~ Mujur ak orang terakhir 面接 jadi boleh kutip info daripada calon yang dah selesai ;) 

新幹線

Penemuduga kali ini terdiri daripada 3 orang; 2 人事部 (Human Affairs) dan 1 海外部 (Foreign Affairs).. Soalan basic yang ditanya semestinya 自己紹介 (Self-introduction) dan cerita sedikit tentang 研究 (Research).. Sewaktu ditanya tentang subjek yang diminati selain Power Electronics, ak beritahu yang ak minat 心理学 (Psychology); sekali pandai pulak orang 海外部 tuh sambung cakap 心理学 memang penting sebab mudah bergaul dengan pekerja di 現場 (Field).. Agak kekok bila ditanya samada ak berminat untuk bekerja selain di Malaysia (笑) Sebelum nih pernah diberitahu oleh orang 人事部 supaya 自己PR (Self Appeal) apabila penemuduga bertanyakan samada ada soalan ke x.. 面接 kali ini hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit~  Petang tuh naik 新幹線 pulang ke 関西 (Kansai) 

p/s Hari nih merupakan hari pelancaran iPad 2 di Jpon.. Waktu balik tuh singgah jap kt Yodobashi untuk usha iPad 2.. Geram gak bila sentuh skrin ape sumer; x leh blah sebab dah ada model yang 完売 (Sold out) meskipun baru hari nih 発売 (Release) 0_o


Wednesday 27 April 2011

Sebab Tsunami Melanda Jepun

Ak berasa terpanggil untuk menulis entri nih bagi menjawab tohmahan yang dilemparkan oleh beberapa blogger yang menulis berkenaan apa yg disifatkan sebagai sebab terjadinya tsunami tanpa melibatkan ilmu sains.. Terus-terang ak tidak menolak 100% teori yang mereka kemukakan sebab kekuasaan Allah melampaui jangkaan hamba-Nya.. Cuma ak tidak suka cara tulisan mereka yang menunjukkan seolah-olah seluruh rakyat Jepun seharusnya "menderita" akibat perbuatan SEGELINTIR masyarakat mereka yang melakukan sesuatu yang "tidak bermoral".. Berikut merupakan teori-teori yang dikemukakan oleh salah sorang daripada mereka (link)

豊年祭 (Harvest Festival)
Kalau hendak dibandingkan dengan 裸祭り (Naked Festival), 豊年祭 nih boleh dikatakan perayaan paling x bermoral di Jpon kerana secara terang-terangan menjadikan zakar lelaki sebagai simbol perayaan.. Perayaan nih disambut pada 15 Mac setiap tahun sebagai tanda penghargaan atas hasil tuaian yang banyak dan segala bentuk kesuburan~ 豊年祭 disambut oleh penduduk bandar Komaki yang terletak di Nagoya.. Kaum lelaki akan mengangkat model mirip zakar bersaiz besar manakala 巫女 (Maiden shrine) akan mendukung zakar bersaiz kecil.. Konon nyer sesape yang menyentuh zakar tersebut akan "mendapat bayi"~ (link

Bila ak tunjukkan video nih kat member lab, mereka semua terkejut kerana sepanjang 23 tahun menetap di Jpon, mereka sendiri x pernah tahu kewujudan 祭り (Festival) seperti nih.. Perkara nih memang masuk akal sebab Jpon memang kaya dengan 祭り sehingga dikatakan jumlahnya mencecah 2500 perayaan sepanjang tahun.. (link) Biasanya 祭り dikendalikan mengikut kepercayaan agama penduduk sesuatu tempat, dan perbezaan mazhab juga membawa kepada perbezaan 祭り.. Jangan ingat Islam dan Kristian sahaja yang mempunyai mazhab (笑) 


Sedihnya bila tulisan kebanyakan blogger secara kasar menunjukkan seolah-olah seluruh rakyat Jpon menyambut perayaan berkenaan sedangkan majoriti member lab ak serta-merta menunjukkan reaksi jijik bila melihat 祭り nih.. Sape tak jijik bila ditunjukkan kemaluan tapi pentingnya di sini ialah sikap toleransi antara masyarakat Jpon.. Malah jika dilihat dari segi tujuan 祭り nih diadakan juga bukannye ke arah keburukan seperti yang disangkakan orang ramai.. Kenapa kita nak sibuk urusan rakyat luar negara sedangkan di negara sendiri terdapat juga penduduk yang menyembah berhala dan melakukan upacara-upacara pelik khususnya penduduk peribumi yang mempunyai kepercayaan animism.. 

Kalau begitu, Malaysia juga tidak lari daripada terkena bala disebabkan perbuatan mereka?? Malaysia mungkin lagi teruk jika hendak dibandingkan dengan Jpon sebab Malaysia kan negara Islam~ Adakah sama balasan yang menimpa orang kafir yang tidak mempercayai keesaan Allah dengan balasan orang Islam yang mempercayai keesaan Allah tapi masih melakukan kerosakan di muka bumi nih?? Sesungguhnya kita mudah untuk mengkritik sesuatu perkara tapi penting memberi kritikan yang berasas! Tolonglah buat sedikit rujukan sebelum menilai sesuatu daripada terus-menerus mengkritik secara membuta-tuli..

Pembunuhan Ikan di laut
Teori paling sadis iaitu mengaitkan ikan lumba-lumba yang membalas dendam terhadap Jpon kerana membunuh mereka.. Sesiapa yang telah melihat dokumentari "The Cove" pasti berasa pilu melihat aksi nelayan-nelayan Jpon yang "menyeksa" mereka.. Bila ak bertanya tentang perkara nih kt member Jpon, dia mempertikaikan pula kenapa perlu bising tentang cara diorang bunuh ikan sebab memang itulah cara yang paling mudah bagi mereka mendapatkan daging ikan tersebut.. Negara lain mempunyai cara tersendiri tapi bagi Jpon yang mementingkan adat, perkara begini memang bukan suatu perkara yang besar.. Citarasa diorang terhadap ikan mentah memang janggal tapi memang itulah cara mereka.. Mengapa perlu dikritik?


Pernahkah anda membeli ikan keli di pasaraya? Ak teringat sewaktu membeli ikan keli di Giant suatu ketika dahulu, ikan keli yang  masih hidup ketika tuh di hempap dengan tukul kayu pada kepalanya.. Bila tak mati lagi, penjual ikan tuh pon libas berkali-kali atas meja dapur sehingga ikan tuh betul-betul mati.. Tidakkah perbuatan tuh pon boleh dilabel sadis? Ak faham ramai orang sedih bila melihat nasib イルカ (Dolphins) yang terbunuh sebab pemikiran kita terhadap イルカ yang berimej comel dan riang.. Memang kejam tindakan "penyembelihan" nih; sebab tu lah organisasi PETA mengkritik keras tindakan penganut Islam dan Yahudi yang menyembelih binatang.. (link) Bagi mereka, bunuh guna elektrik lagi kurang sakit daripada sembelih.. Jika turun bala di Malaysia suatu hari nanti, adakah akan ada video tentang "Revenge of herbivores"??  -_-"


Isu seks bebas
Ramai yang mengaitkan isu penjualan majalah lucah secara berleluasa di Jpon dan juga pengamalan seks bebas di kalangan masyarakat sebagai punca bencana menimpa mereka.. Tahukah anda bahawa undang-undang Jpon mengHARAMkan seseorang melacurkan dirinya? Meskipun majalah lucah boleh dijumpai dengan mudah di コンビ二 (Convenience store), pengunjung tidak boleh membaca secara percuma kerana ia telah dibalut @ dilekatkan dengan pita.. Jpon lagi "Islam" apabila mengasingkan lelaki dan perempuan di dalam keretapi dengan menyediakan gerabak khas untuk mereka lebih awal daripada Malaysia (笑) 


できちゃった結婚 (Shotgun Marriage) merupakan suatu perkara yang biasa di Jpon di mana pasangan berkahwin disebabkan sudah ada bayi di dalam kandungan.. Jika dipandang daripada satu sudut memang perbuatan nih tidak bermoral.. Namun sekurang-kurangnya mereka bertanggungjawab dengan berkahwin dan membesarkan bayi tersebut daripada mengambil tindakan drastik membuang bayi tersebut di tepi longkang dsb.. Jika isu seks bebas orang kafir menjadi isu, mengapa tidak mempertikaikan kes seks bebas dikalangan penduduk Malaysia yang beragama Islam? Bala yang bakal turun lagi dahsyat sebab mereka mengakui Syurga dan Neraka namun masih engkar meninggalkan tabiat terkutuk tuh.. 

Kesimpulan
Sekali lagi ak tekankan bahawa bukan niat ak untuk menolak mentah-mentah segala teori yang dikemukakan tapi lebih kepada mengingatkan kalian termasuk diri sendiri bahawa kita ni hidup dalam planet yang sama.. Masing-masing boleh mempelajari antara satu sama lain dan belajarlah memberi kritikan yang membina daripada kritikan yang meruntuhkan~ Hari ini anda menulis tentang sesuatu perkara yang buruk tentang sesuatu kaum, kelak esok orang lain akan menulis perkara yg sama tentang kaum anda pula kerana itulah karma; what goes around, comes around~ Akhir kata, ingatlah pesanan Nabi dalam ayat dibawah:


p/s Ayuh mengambil iktibar daripada video dibawah~

Tuesday 26 April 2011

Test Center

26 April - OSAKA

Test Center merupakan tempat bagi calon pekerja mengambil ujian SPI II menggunakan PC.. Ujian yang dikenakan bergantung kepada kehendak syarikat; biasanya 能力試験 (Ability test), 適性試験 (Aptitude test), dan 英語試験 (English test).. Ujian SPI nih sebenarnya x jauh berbeza dengan ウェブテスト (Web Test) yang biasa kene ambil ketika menghantar エントリシート (Entry sheet) cuma kali nih agak formal sebab kene amik ibarat dalam dewan peperiksaan dan soalan matematik xleh guna kalkulator (苦).. Ak dikehendaki mengambil ujian nih sebagai salah satu syarat untuk maju ke peringkat terakhir iaitu 最終面接 (Final interview) bagi syarikat 富士古河E&C..      

Elok dibaca sebelum mengambil ujian SPI

Bagi menghadapi ujian nih, seseorang tuh perlu menetapkan tarikh terlebih dahulu dan tempat.. Konon nyer 全国 (All Japan) ada test center tersendiri tapi yang pasti xde di 滋賀 (Shiga) jadi tempat terdekat ialah 京都 (Kyoto) dan 大阪 (Osaka).. Malang nyer waktu ak nk tempah di 京都, boleh plak 満席 (Full seat) jadi terpaksa pilih di 大阪 -_-" Mujur waktu melapor diri, ak di suruh buang air siap2 sebab bila dah masuk bilik ujian, langsung xleh kluar.. Sebelum masuk, ak diberi 1 fail berisi 2 pensil tekan dan 3 helai kertas mengira.. Berjaya menyelesaikan ujian dalam masa sejam tapi x yakin langsung dengan jawapan sebab gagal memahami tulisan 漢字 (Kanji) dalam beberapa soalan -_-"

Ada tempat mengendalikan ujian SPI camnih..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC