Followers

Sunday 8 January 2012

IPIJ Winter Gathering: Travelog Solat

24~27 December - ISHIKAWA


Alhamdulillah, ak telah selamat mengikut program 4 hari 3 malam anjuran IPIJ (Ikatan Persaudaraan Islam Jepun) yang bertempat di 鹿島少年自然の家 (Kashima Shizen No Ie), 石川県 (Ishikawa Prefecture).. Program kali ini bertemakan "Travelog Solat" dengan menjemput salah seorang penceramah bebas dari Malaysia, Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Joofre untuk mengupas lebih lanjut tentang solat.. Ini merupakan kali ke-2 ak turut serta dalam program anjuran IPIJ selepas "International Seminar on Reforms in Islamic Higher Education in Meeting Contemporary Challenges" (link) pada akhir July yang lepas..


Banyak juga input-input yang menarik yang dapat ak kutip bersama ustaz yang mempunyai latar belakang yang cukup mantap; mempunyai ijazah sarjana dalam bidang perbandingan 6 mazhab dari Universiti Al-Azhar! Sesi ceramah berjalan dengan cara santai di mana peserta dibenarkan bertanya soalan dengan bebas malah kebanyakan masa banyak diisi dengan sesi Q&A kerana kebanyakannya kita sudah tahu atau jahil untuk mengetahui lebih dalam.. Fokus pembelajaran lebih kepada mazhab Syafiee di samping menambah ilmu tentang mazhab lain..


Sepanjang berada di negara orang, kebanyakan daripada kita hanya ikut apa yang 先輩 (Senior) atau rakan kita buat tanpa mempersoalkan samada betul atau tidak.. Bila orang buat solat dalam kereta, kita pun ikut sekali sebab memudahkan terutama ketika musim sejuk seperti sekarang.. Bila orang angkat tayammum menggunakan debu daripada dinding, kita pun ikut sekali.. Selama ini main belasah solat Subuh ketika dalam penerbangan dari Malaysia ke Jpon, pastu main angkat tayammum guna debu di tepi tingkap.. 

Berikut merupakan antara apa yang telah ak pelajari daripada Ustaz..

  • Jika naik guna syarikat penerbangan daripada Malaysia atau mana-mana negara Islam, anda boleh mengerjakan solat "sempurna" kerana ada "surau" di dalam kapal terbang itu siap penanda qiblat! Cuma perlu maklumkan sahaja pada CA (Cabin Attendant) bila anda ingin menunaikan solat.. 
  • Sewaktu solat berjemaah, rakaat anda tidak dikira sekiranya anda gagal menyempurnakan bacaan al-fatihah bagi makmum muafik
  • Mengikut mazhab syafiee, anda perlu mengerjakan solat hormat waktu sekiranya anda dalam perjalanan dan tidak dapat mengerjakan solat secara sempurna kerana berdiri termasuk dalam rukun solat!
  • Tayammum dalam mazhab syafiee adalah menggunakan debu pasir!
  • Sekiranya mampu berdiri, anda tidak boleh mengerjakan solat secara duduk termasuk di dalam kereta!
  • Kalau terlalu komen pasal makanan halal susah hendak di cari di Jpon, kenapa minta belajar di Jpon? (笑)
  • Allah permudahkan orang zaman dahulu dari segi berbeza dengan orang zaman sekaran terutama dalam pencarian ilmu dunia dan akhirat..
  • Sentuh najis tak batalkan wudhu' tapi batal solat kalau sentuh waktu solat!
  • Sebutan "mahram" yang betul; "muhrim" itu orang yang pakai kain ihram!
  • Kalau makmum lebih 2 rukun daripada Imam maka solat makmum itu batal!
  • Tahiyyah awal itu sunat dan bukan termasuk dalam rukun solat
  • Ketika sujud, sebahagian daripada dahi sudah memadai.. Tangan, dan kaki hendaklah sebahagian yang tapak, bukannya yang belakang..
  • Haram solat sunat Asar bila kita dah jama' Zuhur dan Asar dalam waktu Zuhur..
  • Ada pendapat mengatakan boleh qadha' qasar selagi masih musafir
  • Khutbah harus mengandungi alhamdulillah, selawat, wasiat, 1 ayat Quran, dan doa untuk orang yang beriman..
  • Khatib boleh makan dan minum  tapi tidak boleh banyak sangat!
  • Kalau khatib tiba-tiba terkentut atau terbatal wudhu', orang yang ganti kena mulakan khutbah semula daripada awal!
  • Ilmu tidak dihitung dengan berapa banyak maklumat yang kita ada tapi amalan!
  • Islam itu benar dan itulah sumber keberanian umat Islam! 


Dan banyak lagi sebenarnya~ Selepas solat Subuh berjemaah, ada tazkirah yang diberikan oleh Ustaz Azman Shapawi yang turut sama hadir bagi memeriahkan Winter Gathering tahun ini.. Selain sesi bersama ustaz, ada juga slot LDK yang menyaksikan peserta dipecahkan kepada 4 kumpulan kecil untuk bertanding dalam debat parlimen.. Sepanjang program, ak dapat berkenalan dengan beberapa rakan baru sambil berkongsi pengalaman dengan mereka yang datang daripada Hokkaido sehingga ke Kumamoto! 


Izinkan ak akhiri entri kali ini dengan ciri-ciri manusia oleh Imam Ghazali yang disampaikan oleh Ustaz Azman:
  1. Orang yang tahu dia tahu
  2. Orang yang tahu dia tak tahu
  3. Orang yang tak tahu yang dia tahu
  4. Orang yang tak tahu yang dia tak tahu
p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~ Alhamdulillah, bagi mereka yang berminat untuk mendengar ceramah Ustaz sepanjang program IPIJ kali ini bolehlah menonton menerusi YouTube di bawah~ 





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC