Followers

Monday 16 January 2012

Making Yatsuhashi

15 January - KYOTO


Sebuah aktiviti membuat 八橋 (Yatsuhashi) telah dianjurkan oleh KCIF (Kyoto City International Foundation) yang bertempat di おたべ本館 (Otabe)..  Ini mungkin kali terakhir ak turut-serta dalam aktiviti yang dianjurkan oleh KCIF kerana program seterusnya adalah 花見 (Hanami) yang kebiasaannya dijalankan sekitar pertengahan April.. Aktiviti kali ini adalah terhad untuk 40 orang jadi siapa cepat dia depat.. Memandangkan 八橋 merupakan salah satu makanan kegemaran ak dan terkenal di 京都 (Kyoto), ak antara orang terawal yang memberi nama untuk turut-serta dalam aktiviti ini.. 


Program bermula tepat jam 1400; gerak sekali dengan keluarga angkat daripada 宇治 (Uji) dan berkumpul di 十条駅 (Jujo Station).. Jalan kaki daripada situ menuju ke destinasi mengambil masa sekitar 10 minit.. 留学生 (Foreign students) dikenakan bayaran sebanyak 100円 untuk turut-serta dalam aktiviti kali ini.. Pada awalnya kami diberikan taklimat ringkas tentang 八橋 dan perjalanan aktiviti pada hari tersebut.. Setiap seorang disediakan 1 paket tepung, 2 paket gula, apron, dan sarung tangan di atas meja.. Slide dibawah menunjukkan proses membuat 八橋..


Sewaktu menunggu tepung yang diguli itu siap, kami dibawa ke bilik berhampiran yang merupakan kilang kecil おたべ.. Kononnya 八橋 paling laku sekitar hujung tahun kerana waktu itu ramai pengunjung hadir ke 京都 dan membeli 八橋 yang hanya boleh didapati di sini.. 20 minit selepas itu barulah proses memotong dan memasukkan cinnamon ke dalam 餅 (rice cake) seperti di dalam slide di atas.. Setiap seorang dikehendaki menghasilkan 3 八橋 dengan menggunakan inti yang disediakan seperti 餡子 (Red bean), 抹茶 (Green tea), dan 胡麻 (Sesame).. Akhir sekali, kami di minta membuat 抹茶 sebagai pasangan kepada 八橋 tersebut.. 

Pihak おたべ siap buatkan postcard sebagai cenderahati!! 
八橋 yang ak berjaya buat.. 

Aktiviti sepatutnya berakhir pada jam 1530 tapi teranjak sehingga jam 1600.. Ak terpaksa bergegas pulang kerana ada futsal pada jam 1700; mujur sempat mengucapkan "お世話になりました (Thank you for your kindness)" kepada pihak penganjur setelah lebih 2 tahun bersama mereka mengikuti aktiviti KCIF.. Terkejar-kejar dan akhirnya tiba di 南草津 (Minami Kusatsu) pada jam 1700; kali ini kami sudah tempah padang futsal di 守山市 (Moriyama city) dan mengambil masa hampir 40 minit dengan menggunakan kereta.. Harga yang ditawarkan paling murah iaitu 2400円 untuk 1 jam pada waktu malam termasuk duit lampu! 

Mahal nau!!

Tempah untuk 2 jam dari jam 1700 sehingga jam 1900 tapi oleh kerana ak terlewat, kami cuba tambah lagi 1 jam tapi malangnya hanya diberi 30 minit sahaja disebabkan "last minute request".. Ak tiba di padang futsal sekitar jam 1800; boleh tahan puas walaupun hanya bermain 10 orang~ Tempat ini boleh jadi "perfect" sekiranya ada dinding kecil di sekeliling padang futsal, tak payah pemain terpaksa kejar jauh-jauh untuk ambil bola (笑) Malam itu kami makan buat pertama kali di restoran Thai di sekitar 守山駅 (Moriyama Station).. 2 piring nasi, Tom-Yum Kung dan ikan paprik? untuk 4 kepala sahaja sudah 1130円 (-_-")

p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini =)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC