Followers

Tuesday 10 January 2012

Masjid Ebina

1 January - EBINA

Masjid Ebina

Sejak diberitahu kononnya masjid Ebina merupakan masjid paling luas di Jpon oleh salah seorang kenalan luar negara di RITS, ak sering memasang niat untuk menziarah masjid ini setiap kali tiba di 関東 (Kanto).. Alhamdulillah, hajat ak sudah terlaksana baru-baru ini ketika dalam perjalanan untuk menonton wayang Real Steel di TOHO Cinema, Ebina pada hari ini.. 海老名 (Ebina) terletak berdekatan dengan 町田 (Machida) namun ak tidak terkejut apabila mendapati tiada seorang pun pernah daripada kenalan ak yang pernah tiba di masjid ini.. 


Kami terpaksa berjalan kaki sejauh 1.9km (± 20 minit) dengan melalui jalan berpusing-pusing untuk mencari masjid ini menerusi GPS iPhone.. Alangkah mengejutkan apabila mendapati masjid ini terletak betul-betul bersebelahan dengan sebuah "love" hotel yang agak besar.. (笑) Sempat mengerjakan solat Maghrib di situ sekitar jam 1730.. Dari segi keluasan, macam tiada beda seperti Masjid Nagoya.. Masjid Kobe dan Masjid Tokyo setakat ini boleh dikatakan paling luas di Jpon pada hemat ak..  


p/s Real Steel memang terbaeeeekkkk!! 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC