Followers

Wednesday 11 January 2012

Yokohama Sea Paradise

2 January - HAKKEIJIMA


Destinasi hari ini ialah pergi ke Yokohama Sea Paradise di 八景島 (Hakkeijima) yang merupakan salah satu pulau buatan di Jpon.. Tujuan asal pergi sekadar nak tengok ikan sambil teman seorang rakan yang datang daripada jauh (Southampton) untuk menyambut tahun baru bersama-sama (笑) Memikirkan hanya nak tengok ikan, kami bertolak daripada 町田 (Machida) agak lewat yakni sekitar jam 1100 dan tiba di destinasi sekitar jam 1230.. Dalam perjalanan, pertama kali menggunakan monorail Seaside Line yang berhenti di 八景島 pada harga 300円 (RM 12).. Agak terkejut dengan keluasan yang jauh berbeza dengan 海遊館 di Osaka (link) kerana ada taman tema sekali di sini..


Oleh kerana masa yang tidak mencukupi, kami hanya memilih untuk melihat akuarium sahaja jadi harga tiket ialah sebanyak 2700円+200円 (Tayangan video tentang hidupan bawah laut)~ Selesai beli tiket, kami singgah sebentar di Food Court untuk makan tengahari~ Pertama kali ak lihat pertunjukan menggunakan hidupan laut di hadapan mata dan bukannya melalui video.. Konon nya pertunjukan yang sama juga pernah ditayangkan dalam drama "1 litre of tears" (need citations) Pertunjukan mengambil masa 30 minit; selepas itu kami pergi menonton tayangan video tentang hidupan bawah laut itu dengan skrin gergasi ala IMAX.. Selesai tayangan, kami maju pula ke akuarium yang menempatkan beribu ikan di dalamnya..   


Di Fureai Lagoon, pengunjung boleh menyentuh kulit penguin dan ikan lumba-lumba~ Menggigil tangan hendak menunggu giliran untuk bermain dengan ikan; tempat sebegini pasti seronok jika pergi sekitar 夏 (Summer)~ Teringin nak main roller coaster sebelum pulang, tapi malangnya masa tidak mencukupi kerana kami terpaksa meninggalkan tempat itu untuk bergegas ke 八王子 (Hachioji) untuk party farewell JAD6 pada petang itu.. Sea Paradise ini juga banyak menghimpunkan koleksi-koleksi daripada rancangan イッテQ!  Uniknya di sini ialah naik escalator yang berupa terowong bawah laut di mana pengunjung boleh melihat ikan-ikan di luar kaca.. Dalam perjalanan balik, sempat berborak dengan pasangan 先輩 (Senior) dan sempat berkongsi pengalaman bekerja di Jpon.. 


p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC