Followers

Wednesday 18 January 2012

Zero Rupee

Wang kertas "zero rupee" merupakan duit fantasi yang dikeluarkan oleh sebuah badan NGO di India yang bergelar 5th Pillar dalam usaha untuk membantu mengurangkan gejala politik rasuah.. Wang kertas itu dibayar sebagai tanda protes rakyat terhadap kakitangan kerajaan yang meminta rasuah untuk suatu servis yang sepatutnya adalah percuma kerana mereka sudah dibayar gaji.. Mula digunakan sekitar tahun 2007, sehingga kini lebih 1.3 juta telah diedarkan kepada masyarakat di India.. 


Transparency International (TI) merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa yang berjuang membanteras gejala rasuah atau korupsi.. Setiap tahun, TI akan menerbitkan Corruption Perception Index (CPI) yang merupakan rujukan tahap gejala rasuah di negara masing-masing.. Skala bacaan adalah daripada 10 (paling bersih) kepada 0 (terlalu korup).. Indeks terbaru menunjukkan bacaan 3.1/10 di India membuatkan usaha membanteras gejala rasuah masih perlu digiatkan.. 

p/s Indeks bagi Malaysia pada tahun 2011 ialah 4.3/10 (-_-")

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC