Followers

Friday 3 February 2012

Cristiano Ronaldo


Cristiano Ronaldo, nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi; pemain termahal di dunia buat masa ini.. Warganegara Portugis dan kini bermain bersama kelab paling besar di dunia, Real Madrid.. Madrid dilaporkan membayar £80 juta untuk menarik Ronaldo daripada Manchester United pada tahun 2009 dan sehingga kini sudah menjaringkan lebih dari 90 gol daripada 83 penampilan.. Sesiapa yang sudah menonton "The Boy Who Had a Dream" pasti mengetahui latar belakang keluarga Ronaldo yang miskin dan bagaimana dia menggunakan bakat yang ada untuk fokus kepada bola sepak.. Misi dia sejak kecil cuma satu iaitu untuk menjadi yang terbaik dalam segalanya khususnya bola sepak.. 

Sejak kecil lagi dia sudah diserap dalam skuad muda sebuah kelab bola sepak kecil berdekatan dengan tempat dia tinggal di mana ayah dia bekerja sebagai pengurus kelengkapan untuk skuad bola sepak tersebut.. Pada usia 10 tahun, dia berpindah ke kelab Nacional di mana dia habiskan 2 tahun bersama kelab tersebut.. Ronaldo mencipta rekod sendiri apabila Sporting CP sanggup membayar suatu angka yang tidak masuk akal bagi pemain berusia 12 tahun pada ketika itu setelah kagum dengan bakat yang dia ada.. Ronaldo main bersama Sporting CF U-16, U-17, U-18 sehinggalah ke kesebelasan utama dalam masa 6 tahun sebelum di "rampas" oleh Ferguson ketika musim panas 2003.. 


Arsene Wenger pernah berjumpa sendiri dengan Ronaldo pada November 2002 untuk berbincang urusan perpindahan; namun Ferguson berjaya menggunakan Carlos Queiroz (Portugis) yang ketika itu merupakan orang kanan dia untuk mengikat kontrak pada harga €15 juta.. Sepanjang bersama MU dalam masa 6 tahun, Ronaldo telah menjaringkan 84 gol daripada 196 penampilan; siapa sangka bilangan gol dia bersama Real Madrid dalam masa 3 tahun sahaja sudah melebihi daripada apa yang telah dia sumbangkan bersama MU!! Tapi bagi siapa yang berminat dengan el clasico, pasti dapat membandingkan siapa lebih hebat antara Ronaldo dengan Messi yang 3 kali menewaskan Ronaldo dalam merebut Ballon d'Or.. 

Pernah terfikir apa yang istimewa sangat dengan Ronaldo? Adakah layak dia mendapat gelaran pemain paling mahal di dunia? Bagi menjawab persoalan tersebut, pihak Castrol telah membiayai satu kumpulan saintis untuk menguji Ronaldo dari segi kekuatan badan, kebolehan mental, teknik, dan skill.. Anda boleh menonton secara percuma rancangan tersebut melalui sini~ Rancangan tersebut jelas menunjukkan betapa berbezanya Ronaldo berbanding pemain bola biasa dan bagaimana cara dia berfikir pasti bakal mengejutkan sesiapa yang menonton! Rancangan dia berdurasi 45 minit; terlalu lama? Cuba lihat video di bawah yang menunjukkan reaksi Ronaldo bermain bola sepak ketika lampu dipadamkan! MIND-BLOWING!    

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC