Followers

Friday 17 February 2012

The Event


Antara plot drama yang begitu menyentuh situasi Israel-Palestine tapi diceritakan dalam bentuk fiksyen sains memang membuatkan drama "The Event" ini sebuah drama yang begitu menarik.. Cerita bermula apabila sekumpulan "alien" yang tiba di bumi ketika WWII dan mendarat kecemasan di Alaska, US.. Sebahagian daripada mereka telah ditahan secara rahsia oleh tentera US manakala sebahagian yang lain menghilangkan diri.. Fizikal mereka saling tidak tumpah seperti manusia tapi mereka mempunyai kemajuan yang tinggi dari segi sains dan teknologi dan juga faktor penuaan mereka lambat berbanding manusia biasa..


66 tahun separuh daripada alien tersebut dikurung di sebuah penjara "tertutup" daripada pengetahuan orang ramai.. Akhirnya kumpulan alien tersebut dapat disatukan dan mereka mempunyai agenda tersembunyi iaitu ingin membawa seluruh penduduk planet mereka yang hampir pupus itu untuk menetap di bumi! Masalah timbul apabila lebih 2 billion penduduk perlu dipindahkan namun bumi tidak mampu menampung penduduk seramai itu.. Jadi pihak alien membuat keputusan untuk membunuh majoriti penduduk bumi kerana tiada cara lain untuk menyelamatkan penduduk mereka!


Bertambah menarik apabila pihak alien mendakwa mereka tiba di planet bumi lebih awal daripada manusia namun mereka berpindah ke planet baru kerana mendapati "alien" dan manusia tidak boleh hidup bersama.. Jika hidup bersama, akan berlaku sesuatu yang mereka gelar sebagai "The Event"~ Bagaimana dengan nasib bumi?? Saksikan sendiri ;) Selain krisis manusia, drama ini juga seolah-olah membuktikan 9/11 itu hanyalah rekaan semata-mata kerajaan USA apabila mereka dengan mudah menggunakan media untuk melabelkan serangan pengganas ke atas mana-mana kemusnahan yang mereka sendiri terlibat untuk mengaburi mata rakyat.. 
p/s Malangnya sehingga kini tiada berita tentang adanya musim ke-2 (-_-") 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC