Followers

Wednesday 29 February 2012

Kyoto Trip

25 February - KYOTO

Bersempena kedatangan sepupu dan rakannya daripada Malaysia yang selamat tiba di negara matahari terbit pada malam semalam di KIX, ak teman mereka pusing-pusing sekitar Kyoto.. Mujur abang angkat, Kimu, dan rakan dia, L ikut sekali untuk teman~ Plan asal untuk berkumpul di 京都駅 (Kyoto Station) pada jam 1000, tapi masing-masing bangun tidur sekitar jam 0900; ak pula langsung tak cukup tidur gara-gara terbangun pada jam 0200 pastu tak dapat melelapkan mata sehingga subuh (-_-") Bertolak daripada rumah sekitar jam 1005, jalan kaki menuju ke stesen terdekat dan selamat tiba di 京都駅 sekitar jam 1100.. Beli tiket bas untuk sehari pada harga 500円~ Belasah takoyaki dahulu untuk makanan tengahari~


Destinasi pertama pada hari itu ialah 金閣寺 (Golden Pavilion)~ Kali terakhir ak melawat tokong ini ialah pada tahun 2007, iaitu sewaktu ak tiba buat pertama kali di Jpon untuk teman Ummi ada 学会 (Conference) di 京大 (Kyoto U)~ Tiket masuk berharga 400円; tension sepupu sebab terkejut nak masuk tokong pun kena bayar (笑) Lepak-lepak ambil gambar sekitar 20 minit, pastu bergerak pula ke tokong seterusnya yang berhampiran dengan 金閣寺 iaitu 龍安寺 (Ryoanji); juga termasuk dalam senarai UNESCO World Heritage Site.. Tiket masuk kali ini pula berharga 500円.. Tumpuan tokong ini pula pada kedudukan 15 batu yang agak unik di Rock Garden.. Selesai bergambar, kami naik bas menuju ke 四条 (Shijo) untuk cari restoran~

Khas untuk orang buta untuk tahu apa yang istimewa di tokong ini..

Teringin nak makan うどん (Udon) tapi khuatir harga terlalu mahal; kesian pada sepupu yang banyak habis duit pada tokong pada hari itu membuatkan kami makan di Saizeriya sahaja (笑) Selesai makan, solat di panggung wayang terdekat di tingkat bawah tanah (parking area) sebelum maju ke Thai Restaurant di 丸田町 (Marutamachi)~ Ak tinggalkan sepupu di situ sebab sudah berjanji dengan member lab untuk bermain bowling pada malam itu di ACT Kusatsu.. 3 game pada harga 1200円; terkejut apabila seorang OB turut serta bermain; dah nak setahun tak main jadi tak hairan 3 game pun tak cecah 100 pin ak berjaya jatuhkan (笑) Makan malam sambil lepak-lepak di 得得 sehingga tak sedar jam sudah menunjukkan jam 0030! 


p/s Ini merupakan kali terakhir kami lepak-lepak sebagai pelajar, selepas ini masing-masing akan memulakan hidup baru sebagai pekerja~ Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC