Followers

Tuesday 3 July 2012

Utsunomiya Trip


1 July - UTSUNOMIYA

大谷寺 (Oya Temple), salah satu tokong tertua di Jpon


Pagi yang indah untuk mengqada' tidur sepanjang minggu membuatkan aktiviti pagi tergendala sehingga tengahari.. Makan tengahari di rumah dahulu sebelum bertolak menuju ke destinasi pertama iaitu Surau Utsunomiya untuk mengerjakan solat Zuhur secara berjemaah.. Agak terkejut bila mendapati begitu ramai orang di surau waktu itu yang majoriti dari Bangladesh dan berusia.. Ak difahamkan mereka golongan tabligh dan kerap mengelilingi surau-surau di Jpon untuk tujuan dakwah dsb~ Paling mengejutkan rata-rata daripada mereka kononnya memiliki ijazah PhD dalam bidang yang ak tidak kenal pasti ;p

Bergambar di hadapan 平和観音

Selesai solat, kami bertolak menuju ke destinasi seterusnya iaitu 大谷資料館 (Oya Museum), salah satu tempat terkenal di sini.. Perjalanan mengambil masa hampir setengah jam menuju ke 大谷町 (Oya City) atau lebih terkenal dengan nama jolokan 石の町 (City of stones)~ Terkejut apabila melihat papan tanda yang memaklumkan 大谷資料館 sedang dalam proses membaik pulih daripada impak gempa bumi tahun lepas (Dah setahun lebih dia tutup tapi langsung tak tulis apa-apa dalam laman web..) Alang-alang dah sampai di sini, kami pusing sekitar bandar sambil melihat keindahan alam (笑) 


Salah satu monumen terkenal di sini ialah 平和観音 (Peace Kannon) yang mempunyai ketinggian 26m! Kagum juga dengan keluasan 大谷公園 (Oya Park) dengan struktur dan monumen-monumen lain yang dibuat daripada batu memenuhi taman ini.. Destinasi seterusnya dan juga yang terakhir sebelum menghantar rakan pulang ke JR宇都宮駅 (Utsunomiya Station) ialah 宇都宮タワー (Utsunomiya Tower) yang terletak di dalam 八幡山公園 (Hachimanyama Park)~  Menarik apabila perlu merentasi jambatan untuk menuju ke menara ini yang juga menara paling rendah (89m) pernah ak naik di Jpon~ Tiket masuk juga hanya 190円!!

Ambil peluang untuk "usha" alang-alang percuma

p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC