Followers

Sunday 26 August 2012

Kawasaki Frontale

25 August - KAWASAKI

Salah satu kelebihan persatuan pekerja syarikat ak ialah layak untuk memohon tiket percuma menonton perlawanan bola sepak di stadium khusus untuk pasukan Kawasaki Frontale.. Stadium tuan rumah ialah Todoroki Athletics Stadium yang terletak di Nakahara Ward, 20 minit perjalanan kaki daripada 武蔵小杉 (Musashi Kosugi)~ Ak sudah merancang sejak April lagi untuk menyaksikan perlawanan menentang Nagoya Grampus, salah satu pasukan bola sepak yang pernah diterajui oleh Arsene Wenger sebelum beliau berpindah ke Arsenal.. Mohon dalam pertengahan bulan 6 dan alhamdulillah layak dapat 2 tiket percuma mungkin disebabkan tidak ramai yang memohon (笑)


Memandangkan ini merupakan kali pertama seumur hidup untuk menyaksikan perlawanan bola sepak liga di stadium, ak akui agak sengal untuk menetapkan waktu bila harus pergi ke stadium walaupun sudah sedia maklum tempat duduk ialah 自由席 (Free seating)~ Kick off jam 1900 jadi ak pakat dengan seorang rakan untuk tunggu di 武蔵小杉 pada jam 1800 dan jalan kaki ikut orang sambil berpandukan GPS iPhone menuju ke stadium.. Pertama kali juga pusing-pusing sekitar 武蔵小杉; tertarik dengan suasana bandar yang begitu menyokong Kawasaki Frontale termasuk penyokong-penyokong yang lengkap dengan jersi termasuk kanak-kanak! Bilangan penyokong di kalangan wanita juga tidak mengecewakan! 


Sebelum masuk stadium, kami sempat tengok-tengok gerai rasmi pasukan yang tidak kurang hebatnya.. Pening juga nak mencari tempat duduk; malangnya tiada yang kosong membuatkan kami terpaksa berdiri sepanjang perlawanan tapi mujur dapat lihat keseluruhan padang~ Sewaktu sesi panaskan badan, kagum dengan penyokong tuan rumah yang memberikan tepukan gemuruh kepada penyokong pihak lawan yang sudi hadir untuk memeriahkan stadium pada hari tersebut dan MC siap memberi galakan untuk menyokong permainan kerana setiap pasukan masing-masing memiliki pemain yang mewakili negara.. Kapten bagi pasukan Kawasaki Frontale ialah Nakamura Kengo, salah satu pemain veteran dalam skuad Samurai~ 

Satu-satunya tempat untuk penyokong pihak lawan..
Kalau stadium di Malaysia ada surau, stadium di Jpon siap ada tokong! (笑)

Kagum dengan persembahan kedua-dua pasukan yang berasak untuk menjaringkan gol.. Pasukan tuan rumah banyak mendapat peluang tapi gagal untuk memasukkan bola ke dalam jaring lawan manakala pihak lawan pula banyak bertahan dan menunggu peluang untuk counter attack.. Perlawanan agak rancak pada separuh masa kedua selepas pihak lawan berjaya menjaringkan gol terlebih dahulu pada minit ke 75~ Sayangnya banyak cubaan tuan rumah terkena palang atau tersasar di luar gol.. Paling menakjubkan sepanjang perlawanan ialah sokongan penyokong tuan rumah yang bikin gema satu stadium! Alhamdulillah, jumpa Saizeriya yang terletak berdekatan dengan stadium ketika dalam perjalanan pulang :) 


p/s Teringin nak pergi tengok FC Ryukyu pula main lepas ini sambil bawa bendera Malaysia untuk sokong Wan Zack (笑) Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~  

2 comments:

  1. cs pernah tengok bola live kat stadium masa kecik2 sja ... dah tak berapa ingat suasana macam mana .. haha.. nanti kalau ada peluang nak tengok kat stadium lagi .. walaupun liga M tak menjadi ikutan cs ... =="

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. Malaysia dah famous skang sampai setiap musim panas kelab EPL turun nk lawan Malaysia XI.. Baik layan yg tu bro..

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC