Followers

Sunday 5 May 2013

BBQ with superiors

29 April - KURIHAMA

Terkejut apabila mendapat panggilan daripada 上司 (Superior) ajak pergi BBQ bersama-sama di 久里浜海湾 (Kurihama Beach) pada 2 hari sebelumnya~ Tanpa berfikir panjang, aku lantas memberikan jawapan untuk turut-serta walaupun sudah akur siap-siap aku bakal tolong bakarkan sahaja memandangkan daging yang sediakan tidak halal.. Berjanji untuk bertemu di 京急久里浜 (Keikyu Kurihama) yang mengambil masa hampir 1 jam daripada 寮 (Hostel)~ Daripada stesen, naik teksi bersama 上司 menuju ke destinasi..


Selain 上司 yang datang keseorangan ialah 2 lagi rakan sekerja tapi berlainan 部署 (Department) yang hadir bersama isteri masing-masing.. Rasa bertuah apabila mendapati mereka telah menyediakan siap-siap seafood khas untuk aku makan.. Berbeza sungguh bila pergi BBQ dengan member dan 上司 walaupun suasana langsung tak rasa seperti berada di pejabat.. Seronok dapat bertukar pendapat tentang Islam memandangkan 上司 pelik kenapa orang Islam tidak minum alkohol sedangkan Islam hadir selepas Kristian.. 


Kebetulan ペリー記念館 (Perry Memorial Hall) terletak di situ juga jadi aku mengambil kesempatan untuk melawat memandangkan tiada bayaran dikenakan.. Sambil menyaksikan pameran kapal hitam dan sejarah kemasukan Perry dalam usaha membuka Jpon kepada dunia luar, terimbas kembali babak-babak yang dibaca dalam manga お〜い!竜馬 ketika masih menuntut di UniSEL.. Selesai aktiviti BBQ sekitar jam 4, majlis disambung pula di rumah 上司 dan disajikan dengan sushi dan pizza.. 


Manga full Japanese yang pertama kali aku baca dari mula sampai habis ;)

Waktu-waktu terakhir baru aku tahu mereka sedang menyambut ulangtahun ke-30 mereka bekerja di syarikat itu.. Kagum dengan isteri-isteri 上司 yang setia di sisi suami memandangkan kerja engineer ini memerlukan seseorang itu banyak berpindah-randah untuk tempoh masa yang tertentu.. Tidak dinafikan banyak juga kes cerai atas sebab yang sama; masakan tidak, ada yang hanya sempat melihat wajah bayi baru lahir sebelum berlepas semula ke tempat projek~ Ternyata orang Jpon memang letak priority pada kerja terlebih dahulu sebelum keluarga; suatu yang aku tidak mahu bawa balik apabila tiba masa aku pulang ke Malaysia kelak..


p/s 30 tahun bekerja di syarikat yang sama.. Suatu yang mustahil untuk dijumpa di Malaysia (笑)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC