Followers

Sunday 29 June 2014

ジュニア研修 (Junior Training)

16~27 June - KAWASAKI

Salah satu tumpuan menarik bagi syarikat yang aku bekerja ini ialah kekuatannya pada aspek training.. Lihat saja bagaimana tahun pertama aku di syarikat ini sudah seperti di universiti yang mana 6 bulan diterapkan didalam bilik kursus bersama 22 同期生 (Same batch) yang lain manakala 6 bulan berikutnya ditempatkan di 3 tapak projek berlainan sesuai dengan apa yang sedang berjalan pada waktu itu.. April tahun ini menandakan tahun ketiga aku bekerja dengan syarikat ini dan semua 3年生 (3rd year batch) wajib mengikuti ジュニア研修 (Junior Training) selama 2 minggu bertempat di 本社 (Headquarters) di 川崎 (Kawasaki).. Kursus 2 minggu ini secara amnya menekankan dengan lebih terperinci tentang apa yang telah kami pelajari sewaktu tahun pertama dahulu~

Jadual waktu training

Berbeza dengan apa 2 tahun lalu, kali ini kami dikehendaki mengambil ujian di akhir hari dan markah yang dipungut akan dilaporkan kepada 上司 (Superior) kami.. Selain daripada hanya mendengar "ceramah" daripada 先輩社員 (Senior), ada juga slot yang memerlukan kami bertugas di dalam kumpulan untuk menyelesaikan tugasan ケーブル撤去工事 (Removal cable work) dan 危険予知KYの徹底 (Danger awareness).. Di samping itu ada juga slot untuk menguji gaya penyampaian masing-masing sewaktu memberikan presentasi menggunakan power point dengan topik besar apa yang telah dilakukan sewaktu tahun ke-2.. Slot terakhir turut menyediakan sesi kaunseling dengan mengambil kaunselor dari luar untuk membincangkan topik pengawalan stress.. 
 
Suasana pembelajaran

Sayangnya orang Jepun memang terkenal dengan sikap malu-malu kucing yang sukar memberikan respons apabila ditanya sesuatu membuatkan sesi kaunseling ini seolah-olah tidak hidup (笑) Setelah sesi kaunseling, kami diminta menyusun meja dalam bentuk bulatan untuk sesi luahan perasaan kepada 技術研修所センター長 (Head of Training Department) tentang masalah-masalah yang dihadapi.. Pelbagai jenis soalan yang diutarakan oleh 同期 yang rata-rata runsing memikirkan masa depan khususnya soal rumah tangga; pekerjaan 現場管理 (Site Management) ini memerlukan seseorang itu fokus 100% kepada pekerjaan dan ini membuatkan pekerja terpaksa mengorbankan waktu cuti Sabtu dan Ahad.. Ada 同期生 yang cuma dapat cuti satu hari dalam sebulan dan akhirnya dipanggil doktor akibat kekurangan 鉄分 (Iron) di dalam darah!

Alhamdulillah ada kedai udon yang dibuka sewaktu aku berada di Indonesia.. Akhirnya ada juga benda yang boleh aku makan selain asyik melon pan je setiap hari (笑)

技術者の宿命 (Fate of Engineers) merupakan jawapan yang diberi oleh センター長 memandangkan ramai 先輩 yang sehingga kini tidak berkahwin, ada yang kahwin cerai, dan ada yang menghabiskan wang ringgit hanya untuk melepaskan hawa nafsu setiap malam (笑) Itulah jalan yang perlu dilalui oleh jurutera khususnya yang bergiat dalam bidang konstruksi.. Lega apabila memikirkan bukan aku sahaja yang risau dengan keadaan semasa yang sukar dapat cuti, malah ada yang lebih teruk daripada aku membuatkan aku bisa bersyukur sedikit (笑) Acara penutup ialah sesi menjamu selera di sebuah restoran Cina berdekatan dengan 本社.. Alhamdulillah aku diberi kebebasan untuk memilih menu yang aku boleh makan memandangkan yang lain makan seperti yang telah dihidang.. 2次会 (After party) di 居酒屋 (Izakaya) berdekatan sebelum masing-masing mengundur diri~

記念撮影 (Commemorative photo)
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC